Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
68) SKIM MIKROKREDIT WANITA LADANG DAN TABUNG ANAK PEKERJA LADANG
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bantuan telah diberikan melalui skim mikrokredit wanita ladang untuk tahun 2015 dan 2016?
Skim Mikrokredit Wanita Ladang telah diserapkan di bawah Program HIJRAH di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan.
-
Berapakah bantuan telah diberikan untuk tabung anak pekerja ladang 2015 dan 2016?
Portfolio Program Pendidikan Anak – anak Pekerja Ladang ditubuhkan khusus untuk memberi bantuan kewangan dalam aspek kebajikan dan pendidikan. Skim ini terbuka kepada seluruh anak – anak pekerja ladang di negeri Selangor yang terdiri daripada pelbagai bangsa terutamanya kaum India . Program-program yang dianjurkan adalah khusus untuk menjaga kebajikan pekerja ladang dalam meringankan bebanan yang ditanggung dalam kehidupan
Antara program – program yang telah dilaksanakan di sepanjang tahun khusus bagi tujuan tersebut adalah seperti berikut:
Sumbangan Bantuan Subsidi Tambang Bus Sekolah Pemberian wang RM300.00 kepada setiap anak pekerja ladang bagi setiap tahun berdasarkan permohonan yang diterima dapat mengurangkan perbelanjaan seisi
Bantuan Yuran Pengajian (IPTA/IPTS) di Malaysia
Bantuan Yuran Pengajian maksima sebanyak RM5,000.00 setiap pelajar bagi satu jurusan bagi mengurangkan bebanan yuran pengajian anak – anak kepada ibu bapa.
- Program Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR)
Penyampaian anugerah adalah berdasarkan keputusan UPSR yang diperolehi oleh pelajar terbabit. Ia dilaksanakan sebagai penghargaan kepada anak – anak pekerja ladang yang telah berjaya dan secara tidak langsung kepada ibu bapa yang pekerja ladang.
Program – program Motivasi UPSR untuk anak pekerja ladang Program ini dianjurkan adalah sebagai satu langkah Kerajaan Negeri dalam memastikan anak-anak di Negeri Selangor khususnya anak pekerja ladang mendapat pendidikan yang Program berbentuk seminar ini dilaksanakan khusus untuk membantu anak pekerja ladang yang akan mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai persediaan sebelum menghadapi peperiksaan dan teknik menjawab peperiksaan.
Berikut adalah merupakan jumlah bantuan di bawah Program Pendidikan Anak – anak Pekerja Ladang dari tahun 2015 sehingga Oktober 2016 :-
PROGRAM JUMLAH BANTUAN (RM) 2015 2016 Subsidi Tambang Bas Sekolah 443,100.00 360,900.00 Bantuan Yuran Pengajian 61,825.00 173,800.00 Majlis Kecemerlangan UPSR 152,250.00 176,950.00 JUMLAH 657,475.00 711,650.00