Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
128) SKIM MIKROKREDIT SELANGOR (SKIMSEL)
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci maklumat SkimSel bagi daerah Klang dan Petaling seperti berikut. Berapakah penerima terkini mengikut pecahan jantina dan kaum?
Berikut adalah jawapan kepada soalan a, b dan c.
Berdasarkan persetujuan pembahagian kawasan operasi antara SKIMSEL dan MIMBAR, diperingkat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor, SKIMSEL hanya beroperasi di kawasan-kawasan luar bandar iaitu di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang. Manakala daerah-daerah lain seperti Klang dan Petaling telah diisytiharkan sebagai kawasan bandar dan di bawah operasi MIMBAR. SKIMSEL belum lagi memasuki kawasan-kawasan tersebut.
-
Nyatakan pecahan peratusan yang telah di capai dan apakah yang akan dilakukan bagi meningkatkan penyertaannya
-
Apakah halangan utama yang menyebabkan proses pinjaman ini perlahan. Huraikan