Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

134) SKIM MIKROKREDIT SELANGOR (SKIMSEL)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pemohon dan pemohon yang lulus memohon SKIMSEL pada tahun 2014 mengikut PBT?

    Jumlah pemohon mengikut Cawangan diberikan disebabkan pejabat-pejabat operasi SKIMSEL adalah mengikut Daerah-daerah tidak mengikut PBT, seperti berikut :

    Cawangan Bil. Pemohon Baharu 2014 Bil. Pemohon Lulus Pinjaman Baharu 2014 Bil. Permohon Sedia Ada Lulus Pinjaman 2014 Bil. Pengeluaran Pinjaman 2014 Jumlah Pinjaman 2014
    Sabak Bernam 215 215 543 758 3,447,400.00
    Hulu Selangor 271 271 439 710 3,077,700.00
    Kuala Selangor 377 377 455 832 3,101,450.00
    Hulu Langat 461 461 534 995 4,322,000.00
    Kuala Langat 302 302 714 1016 4,708,600.00
    Sepang 266 266 568 834 3,919,500.00
    Gombak 166 166 117 283 1,020,000.00
    Petaling 143 143 413 556 2,557,000.00
    Klang 121 121 96 217 961,000.00
    Jumlah 2,322 2,322 3,879 6,201 27,114,650.00
  2. Apakah tindakan kerajaan negeri bagi memastikan peminjam SKIMSEL membayar kembali sebagaimana yang dijadualkan?

    Tindakan Kerajaan Negeri bagi memastikan peminjam SKIMSEL membayar kembali sebagaimana yang dijadualkan adalah melalui sistem penyeliaan berperingkat seperti berikut:-

    1. Peringkat Kerajaan Negeri:

    Kerajaan Negeri memantau prestasi keseluruhan perjalanan program SKIMSEL melalui Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YDAQAHS yang diadakan pada setiap bulan.

    1. Peringkat Pengurusan SKIMSEL:

    Pengurusan SKIMSEL memantau prestasi pembayaran balik semua peminjam melalui peringkat  3 peringkat iaitu:

    • Mesyuarat Pengurusan SKIMSEL pada setiap bulan.
    • Mesyuarat Tindakan Cawangan pada setiap minggu.
    • Mesyuarat Nadi pada setiap minggu.
    1. Pengurusan Risiko Bayaran Balik

    Pengurusan SKIMSEL juga telah menubuhkan Jawatankuasa Task Force Tunggakan di beberapa peringkat pentadbiran seperti berikut:

    • Jawatankuasa Task Force Tunggakan peringkat Pengurusan – mesyuarat pada setiap bulan.
    • Jawatankuasa Task Force Tunggakan peringkat Cawangan – mesyuarat pada setiap minggu.
    • Jawatankuasa Task Force Tunggakan Peringkat Nadi (Sadiq) – bila perlu.

    Antara tanggungjawab Jawatankuasa ini adalah:

    • Bertanggungjawab menganalisa, merancang, mengawal, memantau dan mengawalselia tunggakan.
    • Bertanggungjawab menambahbaikan program-program pencegahan tunggakan untuk dilaksanakan oleh blok dan cawangan.
    • Merancang tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi mengurangkan tunggakan.
    • Mengenalpasti permasalahan dan halangan oleh sadiq yang membawa kepada masalah tunggakan.
    • Memantau aktiviti Task Force Tunggakan di peringkat blok dan cawangan.
    • Memastikan semua cawangan bebas tunggakan.

    4. Penangguhan Bayaran Balik dan Penjadualan Semula.

    Sekiranya peserta-peserta mempunyai masalah dengan bayaran balik mengikut jadual yang telah ditetapkan antara tindakan yang dilaksanakan oleh pihak Skim Mikro Kredit Selangor (SKIMSEL) adalah menangguhkan pembayaran balik sadiq mengikut tempoh yang bersesuaian. Antara sebab penangguhan yang diluluskan adalah bersalin, projek bermasalah, sakit, masuk wad, kemalangan, ilat kekal. Tempoh maksimum penangguhan yang diluluskan adalah selama 6 bulan sahaja.

    Di samping itu, sekiranya peserta mengalami masalah dengan jumlah bayaran balik yang telah ditetapkan, penjadualan semula tempoh bayaran balik akan dilaksanakan berdasarkan kemampuan bayaran balik baru peserta tersebut.

    1. Program Hijrah Selangor

    Langkah-langkah di atas akan di kemaskini lagi melalui Program Hijrah Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.