Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

1) SKIM MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jaminan Kerajaan Negeri untuk menyediakan sejumlah peruntukan yang mencukupi bagi menjamin kelangsungan Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) untuk memenuhi permohonan di kalangan peniaga - peniaga kecil yang semakin meningkat?

    Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) adalah dibawah salah satu program di bawah anak syarikat MBI iaitu Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor. MBI akan memastikan bahawa peruntukan bagi menjamin kelangsungan program ini untuk memenuhi permohonan di kalangan peniaga-peniaga kecil yang semakin meningkat sekiranya segala aktiviti dan program untuk permohonan ini dijalankan megikut garis panduan dan prosedur yang betul dan tulus dalam agihannya.

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan untuk skim ini bagi tahun 2012 dan berapakah jumlah yang telah diagihkan sehingga Jun 2012?

    Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) telah bermula pada 2011, dimana jumlah yang telah diperuntukan setakat Jun 2012 adalah berjumlah RM11,210,000.00. Agihan yang dibuat adalah berdasarkan kepada programprogram yang dijalankan oleh MiMBAR sendiri.

Lampiran

Tiada Lampiran.