Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
36) SKIM MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peniaga atau usahawan kecil yang memohon Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) mulai Januari 2012 sehingga Jun 2012
Keseluruhan permohonan yang diterima bagi Program Mikrokredit Miskin Bandar Selangor bagi tahun 2012 iaitu mulai Januari 2012 sehingga Jun 2012 adalah sebanyak 3,165 permohonan yang diterima dari 8 buah Pihak Berkuasa Tempatan iaitu MPK, MBSA, MBPJ, MPSJ, MPAJ, MPS, MPKJ dan MPSp. Keseluruhan jumlah permohonan sehingga kini adalah sebanyak 11,242 borang permohonan.
-
Berapakah jumlah permohonan yang telah diluluskan mengikut kawasan Dewan Negeri?
Jumlah keseluruhan permohonan yang telah diluluskan bagi MiMBAR Selangor adalah sebanyak 4,442 peniaga kecil bermula dari 3 Mac 2011 sehingga Jun 2012. Keseluruhan permohonan yang berjaya ini dipecahkan mengikut Dewan Undangan Negeri seperti di dalam jadual di bawah:
21 MERU 284 22 PANDAMARAN 17 23 PAYA JARAS 108 24 PELABUHAN KLANG 134 25 RAWANG 131 26 SELAT KLANG 162 27 SEMENTA 208 28 SEMENYIH 0 29 SEPANG 10 30 SERI KEMBANGAN 19 31 SERI SERDANG 143 32 SERI SETIA 55 33 SG PELEK 32 34 SG PINANG 72 35 SRI ANDALAS 171 36 SRI MUDA 155 37 SUBANG JAYA 51 38 TAMAN MEDAN 146 39 TAMAN TEMPLER 110 40 TERATAI 47 JUMLAH 4,442