Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

113) SKIM MIKROKREDIT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan status Skim Mikrokredit? Jika masih belum beroperasi, nyatakan berapakah jumlah permohonan yang telah yang telah diterima dan berapakah yang telah diluluskan berserta jumlah yang diluluskan. Apakah status pelantikan pegawaipegawai penyelaras skim ini di setiap Daerah.

    Skim Mikro Kredit Selangor telah dilancarkan pada 2 September 2010 di Masjid Makrufiah, Parit Baru, Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam. Sehingga kini semua kawasan luar Bandar di Sabak Bernam telah dimasuki kakitangan SKIMSEL. Seramai 211 orang telah menyertai program ini. 190 orang telah diberikan pembiayaan yang berjumlah RM 540,500.00 dan semuanya dari kawasan Sabak Bernam. Selain daerah Sabak Bernam terdapat lima daerah lain SKIMSEL turut beroperasi mulai Oktober dan

    November ini iaitu :-

    1. Kuala Selangor
    2. Hulu Selangor
    3. Hulu Langat
    4. Kuala Langat
    5. Sepang

    Sehingga kini SKIMSEL telah pun menghantar kakitangan yang terdiri daripada seorang pengurus cawangan ke setiap daerah berkenaan untuk membuat tinjauan kawasan dan merancang pelan tindakan strategik bagi memulakan skim mikro kredit yang dijangka akan beroperasi mengeluarkan pembiayaan pada bulan November  2010 ini. Adalah dijangkakan sehingga akhir Disember Skim Mikro Kredit Selangor akan beroperasi penuh apabila kakitangan lapangan di hantar untuk melaksanakan gerak kerja pada November ini.

    Status kakitangan diambil adalah tetap. Mengikut pengalaman Amanah Ikhtiar Malaysia setiap cawangan mempunyai seramai 13 hingga 17 orang. Jumlah tersebut mampu menguruskan lebih daripada 3000 orang peserta dan mengeluarkan modal pembiayaan melebihi 10 juta setiap tahun selepas 5 tahun beroperasi. Bagaimanapun jumlah kakitangan SKIMSEL pada masa ini adalah secara purata hanya sekitar 3 orang secawangan. Hanya cawangan Sabak Bernam yang mempunyai kakitangan seramai 7 orang. Cawangan lain yang baru dibuka mulai Oktober 2010 ini hanya mempunyai seorang pengurus. Kakitangan baru akan dihantar ke setiap cawangan mulai November 2010 untuk seramai 2 hingga 4 orang secawangan untuk membantu melaksanakan tugas di kampung-kampung yang telah dimasuki untuk urusan operasi.

Lampiran

Tiada Lampiran.