Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
185) SKIM MIKRO KREDIT SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini peserta HIJRAH dan nilai pinjaman yang telah disalurkan
Jumlah peserta Hijrah adalah sebanyak 47,907 orang dengan nilai pinjaman yang telah dikeluarkan sebanyak RM402,642,500.00
-
Bagaimanakah status pembayaran balik pinjaman terkini peserta-peserta HIJRAH
Sebanyak 779 orang peserta yang tidak membuat bayaran balik dengan nilai tunggakan sebanyak RM3,930,901.00
-
Adakah Skim Mikro Kredit Selangor benar-benar telah dapat menjana kejayaan peserta HIJRAH sehingga dapat mengeluarkan diri mereka daripada kesempitan hidup? Berapa peratuskah kisah kejayaan berbanding peruntukan yang telah disalurkan?
Kertas cadangan penyelidikan Keberkesanan Program Hijrah Selangor kepada Kerajaan Negeri telah disediakan dan akan dilaksanakan oleh pihak UNISEL / IDE. Melalui kajian ini, pihak Hijrah Selangor mencadangkan “benchmark” kejayaan usahawan mendapat pinjaman adalah seperti berikut :
- Kemampuan menyelesaikan bayaran balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan
- Pinjaman ulangan dengan nilai yang lebih besar
- Peningkatan pendapatan isi rumah
- Peningkatan pendapatan perniagaan
- Penambahan aset perniagaan / penambahan lain-lain aset
- Perkembangan perniagaan (Penambahan bilangan cawangan perniagaan, francais dan perubahan saiz perniagaan daripada kecil ke besar seperti gerai kepada kedai / restoran)
- Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan atau usahawan kecil di bawah bimbingan usahawan sendiri
- Perkembangan taraf pendidikan dan kesihatan keluarga
- Pengembangan perniagaan melalui media sosial dan media elektronik (Website, Facebook, Instagram dan lain-lain)