Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

13) SKIM MIKRO KREDIT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri telah melancarkan Skim Mikro Kredit Selangor (SKIM-SEL) untuk manfaat golongan kurang berkemampuan. Bagaimana perkembangan semasa program ini ?

    Sejak dilancarkan pada 2 September 2010 di Masjid Makrufiah, Parit Baru Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam. Terdapat 14 pusat operasi telah dibuka. Semua mukim dalam daerah Sabak Bernam telah dimasuki oleh anggota kerja SKIMSEL. Jumlah pusat dijangka akan bertambah pada setiap bulan. Sehingga akhir Disember 2010 dijangka akan wujud sekurang-kurangnya 30 pusat operasi dalam daerah Sabak Bernam. Pembiayaan dijangka akan dapat disalurkan kepada 400 orang dengan modal melebihi 1 juta.

  2. Berapa orangkah yang telah menerima bantuan daripada program ini mengikut daerah?

    Seramai 211 orang telah menyertai program SKIMSEL. Hanya Daerah Sabak Bernam yang telah mengeluarkan pembiayaan sehingga kini. Lima daerah lain dijangka akan mengeluarkan modal masing-masing pada bulan November apabila kakitangan lapangan dihantar ke daerah berkenaan.

  3. Berapakah jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan untuk membiayai program ini?

    Sehingga 25 Oktober 2010 sebanyak RM 540,500.00 telah dikeluarkan untuk 190 orang peminjam. Purata setiap seorang peserta meminjam RM 2,845.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.