Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

86) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan dapat mempertimbangkan bahawa penjaga boleh terdiri daripada JIRAN?

    1. Kategori penjaga yang layak dan dibenarkan untuk permohonan SMUE adalah seperti berikut:

     

    1. Anak
    2. Isteri
    • Suami
    1. Ibubapa
    2. Cucu
    3. Abang
    • Kakak
    • Adik
    1. Menantu
    2. Pertubuhan

    Keutamaan untuk kategori penjaga diberikan kepada waris terdekat.

    Walaubagaimanapun, sekiranya tiada waris atau mana-mana kategori penjaga seperti yang dinyatakan di atas, maka pemohon dibenarkan untuk memilih orang lain yang terdekat untuk dinamakan sebagai penjaga dalam permohonan SMUE mereka.

    Pemilihan kategori penjaga selain daripada nama-nama yang dinyatakan di atas hendaklah disertakan dengan surat akuan bersumpah daripada pemohon yang menyatakan pemohon itu tiada waris dan membenarkan individu lain untuk menjadi penjaga kepada mereka khusus bagi permohonan SMUE.

  2. Bagaimanakah kerajaan dapat bantu untuk mendaftarkan rakyat yang tiada anak, saudara dan pertubuhan?

    Buat masa ini, permohonan SMUE boleh dibuat di semua pejabat Pusat Khidmat DUN di Negeri Selangor.

     

    Sekiranya pemohon benar-benar tiada waris terdekat untuk dijadikan sebagai penjaga, maka pemohon dibenarkan untuk menamakan orang lain yang tiada sebarang ikatan keluarga dikategorikan sebagai penjaga mereka di dalam borang permohonan SMUE.

    Pemohon dikehendaki menyediakan surat akuan bersumpah yang menyatakan mereka tiada waris dan memberikan kebenaran kepada individu lain sebagai penjaga mereka bagi melayakkan pemohon menerima manfaat ini Jom Shopping SMUE ini.

    Salinan asal surat akuan bersumpah tersebut hendaklah dilampirkan bersama borang permohonan dan disahkan oleh Pusat Khidmat DUN sebelum dihantar ke pejabat YAWAS.

Lampiran

Tiada Lampiran.