Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

44) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penerima manfaat daripada Program SMUE mulai Jun 2018 sehingga Februari 2019?

    Jumlah penerima bayaran manfaat Skim Mesra Usia Emas (SMUE) mulai Jun 2018 sehingga Februari 2019 adalah sperti berikut.

    Penerima Manfaat SMUE Jun 2018 sehingga Februari 2019.
    Fasa Bayaran Jumlah Penerima
    Penerima Fasa I 6,739
    Penerima Fasa I & II 7,250
  2. Nyatakan statistik penerima mengikut DUN.

    Sepanjang tempoh di antara bulan Jun 2018 sehingga Februari 2019, semua pembayaran manfaat kematian SMUE telah dibayar oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan tidak ada sebarang pembayaran yang dibuat oleh Pejabat DUN. Oleh itu pihak kami tidak dapat menyediakan statistik penerima mengikut DUN pembayar.

    Statistik Bayaran fasa I dan II SMUE Jun 2018 sehingga Februari 2019 mengikut Daerah
    Daerah Bayaran Fasa I Bayaran Fasa II
    Gombak 1140 1324
    Hulu Langat 1180 1246
    Hulu Selangor 348 365
    Klang 836 1285
    Kuala Langat 504 574
    Kuala Selangor 339 333
    Petaling 1796 1518
    Sabak Bernam 444 445
    Sepang 152 160
    JUMLAH 6,739 7,250

Lampiran

Tiada Lampiran.