Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

112) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan untuk melonggarkan syarat-syarat pewaris kepada jiran atau kawan jika ahli tersebut tidak mempunyai ahli keluarga dengan mendapat surat akuan daripada ahli SMUE?

    Senarai kategori pewaris keluarga terdekat yang dibenarkan bagi Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) adalah seperti berikut:-

    • i) Ibu;
    • ii) Bapa;
    • iii) Datuk;
    • iv) Nenek;
    • v) Anak;
    • vi) Suami;
    • vii)   Isteri;
    • viii)  Abang;
    • ix) Kakak; dan
    • x) Adik

    Walau bagaimanapun, ahli SMUE yang berdaftar yang tidak mempunyai ahli keluarga atau waris tersebut di atas, boleh membuat surat akuan bersumpah mewakili penerima bagi menggantikan waris khususnya bagi menerima manfaat khairat kematian SMUE.

Lampiran

Tiada Lampiran.