Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

38) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan perbandingan bilangan baucar SMUE yang telah diedarkan mengikuti DUN pada tahun 2022 dan tahun 2023.

    Jadual berikut menunjukkan perbandingan agihan baucar bagi tahun 2022 dan 2023:

  2. Apakah rancangan penambahbaikan bagi edaran baucar SMUE?

    Mekanisma pelaksanaan pemberian manfaat baucar beli-belah Jom Shopping Skim Mesra telah ditambahbaik dimana bermula tahun 2023, Ahli Skim Mesra boleh mengambil baucar tersebut sepanjang tahun tanpa mengikut bulan kelahiran seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini. Edaran baucar kepada Ahli masih sama dimana baucar disampaikan melalui Pusat Khidmat DUN. Cara penyerahan baucar kepada ahli Skim Mesra adalah bergantung kepada keselesaan PKM DUN namun mestilah tertakluk pada garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.