Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

22) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah proses mengetahui maklumat pengundi bagi tuntutan khairat kematian, setelah pihak SPR sudah mengeluarkan nama dari sistem pengundi setelah mereka disahkan meninggal dunia?

    sekiranya data Pengundi Ahli SMUE teah dihapuskan dari sistem semakan daftar pemilih SPR, Pemohon boleh mendapatkan surat pengesahan Pengundi atau lampiran bukti sebagai Pengundi Selangor yang disahkan oleh ADUN masing-masing.

  2. Apakah usaha kerajaan menambah baik kaedah untuk warga emas ini mengetahui tentang baucar kelahiran tersebut?

    Pada masa ini, pelaksanaan pemberian baucar dibuat di peringkat pusat khidmat DUN.

    PKM DUN adalah diseru agar menggunakan sepenuhnya penyampaian maklumat menerusi ketua-ketua kampung, ketua komuniti atau ketua-ketua agama di kawasan setempat untuk menyalurkan maklumat di kawasan mereka memandangkan kebanyakan golongan sasaran bagi program ini adalah terdiri daripada golongan warga emas.

    Selain itu, YAWAS juga turut membantu PKM DUN dalam menyediakan perkhidmatan penyampaian maklumat melalui pesanan khidmat ringkas (SMS) bagi memaklumkan peserta untuk hadir ke program-program pemberian baucar yang dilaksanakan oleh PKM DUN.

    Adalah dimaklumkan, usaha cadangan pemberian baucar beli-belah SMUE kepada ahli bagi tempoh sepanjang tahun tanpa mengikut bulan kelahiran ahli sedang menunggu kelulusan di peringkat MMKN.

    Setelah cadangan ini diluluskan, satu pemakluman rasmi akan dibuat kepada semua PKM DUN dan diharap inisiatif ini dapat memudahkan ahli menerima manfaat tersebut pada bila-bila masa sepanjang tahun tanpa menunggu bulan kelahiran mereka lagi.

Lampiran

Tiada Lampiran.