Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

22) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah proses untuk mengetahui maklumat pengundi bagi tuntutan khairat kematian, setelah pihak SPR mengeluarkan nama pengundi dari sistem pengundi setelah mereka disahkan meninggal dunia?

    Pihak YAWAS telah membuat semakan bersama pihak SPR dan SPR
    memaklumkan bahawa sekiranya nama pengundi telah dikeluarkan daripada sistem semakan SPR, maka pewaris boleh terus ke portal rasmi SPR untuk membuat aduan dengan memilih kategori Pendaftaran Pemilih bagi mendapatkan salinan SPR pengundi yang telah meninggal dunia atau boleh hadir di kaunter SPR terus untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kerana untuk YAWAS mendapatkan maklumat tersebut adalah diluar bidang kuasa YAWAS.

    Pada masa yang sama, pihak ADUN juga boleh membantu menyemak senarai daftar pengundi yang ada dalam simpanan PKM DUN dan keluarkan surat pengesahan untuk Ahli SMUE yang telah dikeluarkan daripada senarai daftar pengundi setelah meninggal dunia.

Lampiran

Tiada Lampiran.