Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
220) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah sumbangan khairat kematian Skim Mesra Usia Emas yang telah dibayar kepada waris dari tahun 2018 sehingga kini?
Bermula 2018 sehingga 2019 jumlah dana yang diberikan kepada waris adalah sebanyak RM2,500 dan Program Khairat ini telah dijajarkan pada tahun 2021 dimana jumlah dana yang diberikan adalah sebanyak RM500.
Bermula tahun 2020, Program Khairat SMUE ini telah dihentikan untuk penjajaran semula. Selepas penjajaran Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk membuat Program Jom Shopping Warga Emas dimana dengan menghargai jasa dan pengorbanan Warga Emas Kerajaan Negeri menghadiahkan baucer beli belah yang bernilai RM100 sempena hari jadi warga emas setiap tahun.
Setelah mendapat pelbagai maklumbalas daripada DUN dan orang awam mengenai Program Jom Shopping SMUE, Kerajaan Negeri telah melaksanakan semula Program Khairat Kematian SMUE dengan nilai RM500 kepada waris bermula Januari 2021.
Dari tahun 2018 jumlah khairat kematian yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Selangor sehingga kini adalah sebanyak RM50,024,000.00. berikut dipecahkan perbelanjaan mengikut tahun:
KHAIRAT KEMATIAN (RM2500) 2018-2019 Fasa 1 (RM1,000)
RM18,298 RM18,298,000 Fasa 2 (RM1,500)
RM20,416 RM30,624,000 KHAIRAT KEMATIAN (RM 500) 2021 RM2,204 RM1,102,000 JUMLAH (RM)
40,918 50,024,000 -
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk meningkatkan jumlah sumbangan Khairat Kematian Skim Mesra Usia Emas (SMUE) daripada RM500.00 kepada RM1,000.00?
Kerajaan Negeri Selangor tidak bercadang untuk meningkatkan jumlah sumbangan Khairat Kematian Skim Mesra Usia Emas (SMUE) daripada RM500.00 kepada RM1,000.00.