Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
112) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah sebenar penerima SMUE sejak tahun 2018/2019/2020/2021 untuk setiap DUN ?
Program JSSMUE ini telah mula dijalankan pada tahun 2019. Oleh itu data yang dikemukakan adalah bermula 2019 sehingga 2021 sahaja . Rujukan data penerima adalah seperti berikut:
TAHUN JUMLAH PENERIMA (AHLI) 2019 35,291 2020 145,359 2021 138,437 JUMLAH 319,087 Pecahan mengikut DUN dan tahun adalah seperti berikut:
Nama DUN 2019 2020 2021 BALAKONG 750 3,108 2,930 BANDAR BARU KLANG 577 3,273 2,430 BANDAR UTAMA 621 2,625 3,090 BANTING 903 3,177 2,882 BATANG KALI 490 2,211 2,548 BATU TIGA 848 3,954 3,650 BUKIT ANTARABANGSA 226 794 1,461 BUKIT GASING 341 1,682 2,156 BUKIT LANJAN 394 1,447 2,303 BUKIT MELAWATI 563 2,079 2,019 DENGKIL 479 2,000 2,041 DUSUN TUA 805 2,650 2,647 GOMBAK SETIA 895 2,951 3,732 HULU BERNAM 794 2,482 1,553 HULU KELANG 612 3,353 3,766 IJOK 462 1,722 1,082 JERAM 364 1,832 2,006 KAJANG 676 3,198 3,679 KAMPUNG TUNKU 774 2,952 3,439 KINRARA 937 4,060 3,395 KOTA ANGGERIK 473 1,948 1,588 KOTA DAMANSARA 423 2,998 2,527 KOTA KEMUNING 504 1,829 2,652 KUALA KUBU BAHARU 889 3,203 2,469 KUANG 566 1,156 1,282 LEMBAH JAYA 819 3,120 3,300 MERU 727 2,526 3,253 MORIB 738 2,953 2,727 PANDAMARAN 898 2,965 3,145 PANDAN INDAH 557 2,268 2,195 PAYA JARAS 253 2,358 2,029 PELABUHAN KLANG 361 1,731 1,286 PERMATANG 642 2,178 2,085 RAWANG 510 3,336 1,896 SABAK 849 2,704 3,069 SEKINCHAN 372 1,974 1,464 SELAT KLANG 458 2,473 2,416 SEMENTA 786 2,766 2,153 SEMENYIH 543 2,515 3,270 SENTOSA 652 3,357 3,012 SERI KEMBANGAN 675 2,988 2,505 SERI SERDANG 334 2,154 2,205 SERI SETIA 399 2,126 1,683 SIJANGKANG 417 1,907 1,092 SUBANG JAYA 982 4,533 4,476 SUNGAI AIR TAWAR 670 2,137 881 SUNGAI BURONG 789 2,111 1,683 SUNGAI KANDIS 829 2,839 2,182 SUNGAI PANJANG 829 3,695 2,935 SUNGAI PELEK 769 2,820 2,602 SUNGAI RAMAL 379 1,604 1,564 SUNGAI TUA 645 2,203 1,640 TAMAN MEDAN 701 2,806 2,094 TAMAN TEMPLER 532 2,452 2,196 TANJUNG SEPAT 717 2,504 2,430 TERATAI 836 3,026 3,255 WPKL – BANDAR TUN RAZAK 56 153 714 WPKL – BATU 164 1,274 146 WPKL – KEPONG 37 113 395 WPKL – SEPUTEH 0 0 840 WPKL – SETIAWANGSA 0 0 18 WPKL – WANGSA MAJU 0 0 268 YAWAS 0 6 6 JUMLAH 35,291 145,359 138,437 -
Apa mekanisma yang di gunakan untuk memastikan bahawa peserta menerima baucer tersebut pada bulan kelahiran mereka ?
Ahli SMUE akan menerima jemputan dari YAWAS melalui sistem pesanan ringkas (SMS) mengikut bulan kelahiran dan YAWAS juga turut menyarankan PKM DUN untuk menghubungi Ahli-Ahli SMUE melalui medium yang lain seperti agihan baucar melalui ketua-ketua kampung, telefon dan juga surat.
Di samping itu, YAWAS juga turut memberikan kemudahan untuk mengemaskini maklumat nombor telefon waris Ahli SMUE melalui sistem smue.yawas.my/admin/online_semakan.php.
Sebagai maklumat tambahan, YAWAS juga telah selesai melaksanakan pemurnian data data SMUE dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada September 2021. Dan proses ini akan dilakukan berdasarkan keperluan dari masa ke semasa.
-
Kekerapan dan Bagaimana data peserta di kemaskini ?
Kemaskini pemilihan peserta untuk setiap program yang akan dijalankan berdasarkan pada setiap bulan kelahiran semasa dan PKM DUN perlu mengemaskini kehadiran dengan masukkan nombor tag baucar yang diberikan kepada peserta pada sistem dalam tempoh 5 hari selepas tamat program di dalam sistem YAWAS.