Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

176) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak penyertaan SMUE sehingga Oktober 2012

    Seramai 200,356 orang telah berdaftar sebagai Ahli SMUE sehingga 31Oktober Jumlah Ahli yang masih hidup adalah berjumlah 152,459 orang.

  2. Apakah nisbah penyertaan SMUE dengan keseluruhan jumlah warga emas di negeri Selangor ?

    Kita tidak memiliki data terperinci dan khusus berkaitan warga emas di negeri Oleh yang demikian, senarai daftar pemilih (SPR) telah digunakan sebagai pengukur di mana dianggarkan terdapat sekitar 236,000 orang Warga Emas yang berdaftar. Melalui peratus tuntutan yang diterima sejak mula diwujudkan sehingga kini, sekitar 75.6% dianggarkan merupakan mereka yang layak mengikut syarat yang ditetapkan ia itu sekitar 178,416 orang. Daripada jumlah tersebut, dianggarkan lebih 85% telah menjadi ahli SMUE.

  3. Apakah kekangan dan halangan untuk mendaftarkan mereka secara automatik

    Kekangan utama untuk mendaftarkan mereka secara automatik adalah keterlibatan agensi-agensi kerajaan yang Iain dengan kerajaan negeri Selangor. Sebagai contoh, data dan maklumat berkaitan rakyat Selangor yang dikawal oleh Jabatan Pendaftaran Negara tidak mungkin dapat digunakan bagi menjayakan pendaftaran secara automatik ini tanpa adanya kerjasama dan sokongan yang baik daripada kerajaan

Lampiran

Tiada Lampiran.