Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
128) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa ramai warga emas yang telah mendaftar di Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dari tahun 2008 hingga 2016? Senaraikan mengikut kawasan DUN Selangor
Sila rujuk kepada Lampiran A.
-
Berapa ramai penerima manfaat Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dari tahun 2008 hingga 2016? Senaraikan mengikut kawasan DUN Selangor?
Sila rujuk kepada Lampiran B
-
Apakah rancangan manfaat tambahan diberi kepada peserta Skim Mesra Usia Emas (SMUE)?
Pihak RMSB sudah pernah beberapa kali mengemukakan cadangan untuk pelaksanaan Jom Shopping secara bulan disambung kembali, sejak kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2013, namun akhirnya telah ditangguhkan pelaksanaannya oleh MMKN.
Sila rujuk kepada keputusan MMKN (RMSB/MMKN/09(01)2016(1) dlm.MMK.Sel(R)31034 Jld. 10 yang diadakan pada 19hb Oktober 2016.
Selain dari itu pihak RMSB juga diminta untuk mengkaji semula mekanisme pelaksanaan manfaat semasa hidup sevara menyeluruh dengan memberi fokus kepada program yang memberi impak yang besar kepada ahli SMUE dengan mengambil kira semua program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.
Memandangkan RMSB kini masih belum mempunyai Ketua Pegawai Operasi dan memandangkan proses penggabungan dengnan pihak Yawas belum selesai sepenuhnya, maka buat masa ini pihak RMSB belum dapat mengemukakan sebarang cadangan baru kepada pihak Kerajaan Negeri.