Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

200) SKIM MESRA USIA EMAS

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah penerima dan jumlah pemberian Skim Mesra Usia Emas dari 2014-2017.

    Jumlah penerima dan jumlah pemberian Skim Mesra Usia Emas dari 2014-2017

      Jumlah Penerima Fasa 1 Jumlah Penerima Fasa 2 Jumlah RM Fasa 1 Jumlah RM Fasa 2 Jumlah keseluruhan (RM)
    Jumlah Penerima & RM 42518 43229 42518000 64843500 107361500
  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi memastkan proses pemberian wang kepada keluarga si mati lebih telus dan terjamin?

    Kerajaan Negeri telah mengambil langkah-langkah berikut bagi memastikan proses pemberian wang kepada keluarga simati adalah telus dan terjamin. Penambahbaikan akan dilakukan dari masa ke semasa.

    • Sejak awal Kerajaan Negeri sudah menwujudkan satu sistem pengkalan data yang digunapakai oleh semua agensi terlibat, Dengan ujudnya pengkalan data ini, akan menjamin tiada pembayaran berganda berlaku dan kalau berlaku akan dapat dikesan dengan pantas.

     

    • Skim SMUE menetapkan hanya warga emas yang berdaftar dan memenuhi syarat kelayakan di bawah Skim sahaja yang akan menerima pembayaran manfaat dari Skim mesra Usia Emas.

     

    • Pihak YAWAS selaku agen promosi dan pelaksanaan juga sudah mewujudkan satu Manual Prosedur Operasi yang sentiasa dikemaskini sejak dari awal perlaksanaannya.

     

    • Pihak YAWAS adalah bertanggungjawab menjaga proses kelulusan dan kemasukkan nama ahli ke dalam sistem pengkalan data. Pembayaran fasa 1 dan fasa 2 adalah oleh pihak yang berlainan maka dengan itu wujud elemen kawalan dalaman (Internal Control) melalui pengasingan tugas dan tanggungjawab. (Segregation of duties and responsibilities)

     

    • Pemberian 2 peringkat dengan kerja sama pihak PKM dan PDT akan memastikan wujud elemen semak dan imbang (Check and Balance) bagi memastikan semua pembayaran fasa 1 oleh pihak PKM, adalah dibuat kepada pihak yang sah sahaja.

     

    • Pihak PKM diwajibkan membuat penghantaran buku tunai, laporan dokumen tertunggak dan penyata bank secara bulanan ke Pejabat Daerah dan Tanah bagi memudahkan pemantauan.

     

    • Pihak YAWAS akan sentiasa membuat pemantauan dan semakan bagi memastikan pengeluaran dan pembayaran oleh pihak PKM adalah seimbang.

     

    • Pihak Perbendaharaan Negeri telah mewujudkan mesyuarat pelarasan SMUE dengan pihak YAWAS dan Pejabat Daerah dan Tanah bagi memastikan semua isu dan permasalahan berkaitan SMUE dapat diselesaikan.

     

    • Pihak YAWAS juga sering sering mengadakan perjumpaaan dengan pihak PKM bagi tujuan memberi taklimat serta menjelaskan sebarang isu berkaitan perlaksanaan SMUE.

     

    • Selain dari itu pihak Kerajaan Negeri sentiasa terbuka dalam menerima sebarang teguran dan cadangan penambahbaikan oleh mana-mana pihak bagi menjamin Skim berkenaan sentiasa telus dan terjamin.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.