Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
146) SKIM MESRA USIA EMAS
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menaikkan bantuan Jom Shopping warga emas kepada RM200 bagi meringkankan beban warga emas?
Setakat ini Kerajaan Negeri belum berhasrat untuk menaikkan bantuan Jom Shopping warga emas kepada RM200.00. Namun Kerajaan Negeri akan mengkaji keperluan berkenaan dari semasa ke semasa.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memberikan bantuan khairat kematian RM1000 kepada waris warga emas bagi meringankan kos pengkebumian?
Setakat ini Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk memberi bantuan khairat kematian RM1,000.00 kepada waris warga emas. Kerajaan Negeri kini mahu lebih fokus untuk pemberian manfaat semasa hidup kepada semua warga emas yang berdaftar di bawah skim ini.
Berbeza dengan pelaksanaan pemberian manfaat khairat kematian SMUE sebelum ini di mana hanya 106,012 orang warga emas (pembayaran kepada waris) berbanding jumlah keseluruhan ahli SMUE iaitu 314,085 orang telah menikmati manfaat tersebut dalam tempoh 10 tahun sejak ia diperkenalkan pada tahun 2008.
Sekiranya program Jom Shopping ini dilaksanakan, maka manfaat program ini akan dinikmati oleh 204,679 warga emas yang masih hidup (rekod sehingga 18 Julai 2019).
Selain itu, bantuan khairat kematian banyak ditawarkan oleh agensi lain seperti Perkeso, KWSP dan BSH selain masjid dan surau bagi yang beragama Islam dan Bantuan Mengurus Jenazah oleh JPA untuk penjawat awam.