Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

43) SKIM MESRA USIA EMAS

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah pembayaran rekupan ke Pusat Perkhidmatan DUN lambat?

    Antara penyebab kelewatan pembayaran rekupan adalah dokumen yang tidak lengkap
    dan rekupan yang tidak dibuat secara berkala dan sekerap sepertimana diarahkan.

  2. Mengapakah pembayaran Fasa Kedua juga mengalami kelewatan?

    Selain masalah rekupan dibuat lewat kepada Pejabat Daerah, masalah kekerapan
    rekupan oleh Pejabat Daerah kepada Perbendaharaan juga sedikit menyumbang
    kepada kelewatan ini.

  3. Apakah rancangan kerajaan negeri memperbaiki keadaan ini?

    Tindakan penambahbaikan sedang dilaksanakan melibatkan semua pihak yang
    berkepentingan dan terlibat di dalam perlaksanaan setiap program kerajaan negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.