Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

235) SKIM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pecahan peratusan penerima manfaat program MES mengikut umur (kanak-kanak, anak muda, dewasa, warga emas)?

    Kumpulan sasaran bagi setiap Program MES adalah berbeza mengikut tujuan program tersebut diwujudkan. Sesetengah program hanya memberi manfaat kepada warga emas sahaja manakala program yang selainnya memberi faedah kepada golongan kanak-kanak. Daripada semakan yang dilaksanakan, didapati penerima terbesar bagi Program MES adalah terdiri daripada golongan kanak-kanak di Negeri Selangor iaitu sebanyak 44% daripada jumlah keseluruhan. Manakala penerima di kalangan warga emas sebanyak 42% dan golongan dewasa sebanyak 14%.

     

    Ringkasan bagi pecahan peratusan penerima manfaat program MES mengikut umur adalah seperti di Lampiran A.

     

     

     

     

     

    LAMPIRAN A

    Program MES

    Pecahan Peratusan Penerima Manfaat Program MES Mengikut Umur

  2. Sila kemukakan senarai terkini jumlah perbelanjaan untuk setiap skim MES yang dilaksanakan.

    Jumlah perbelanjaan bagi program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) setakat Februari 2015 yang dilaporkan adalah berjumlah RM1,295,181,301.00. Bagi Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan Hadiah Anak Masuk Universiti, jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM16,073,200.00 dan RM48,134,950.00. Manakala sebanyak RM143,139,000.00 dan RM8,069,545.00 pula telah dibelanjakan di bawah Skim Mesra Usia Emas dan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.

     

    Untuk kedua-dua Skim Mikrokredit, iaitu Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR), perbelanjaan setakat 28 Februari 2015 adalah sebanyak RM96,773,050.00 dan RM10,915,528.00. Bagi Skim Kesihatan Wanita (MammoSel) sejumlah RM1,835,640.00 telah dibelanjakan dan sejumlah RM10,907,400.00 pula dibelanjakan di bawah Program Jom Shopping. Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si Kembar) dan Skim Bantuan Tadika (TUNAS) pula masing-masing telah membelanjakan sebanyak RM1,165,540.00 dan RM5,920,462.00. Manakala di bawah Insentif Perkahwinan Belia dan Pusat Tuisyen Rakyat sebanyak RM3,390,600.00 dan RM15,013,545.00 telah dibelanjakan. Perbelanjaan paling tinggi di bawah Program MES adalah bagi Program Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M3) Pertama, iaitu sejumlah RM931,239,616.00 telah dibelanjakan untuk seluruh rakyat Selangor.

    Program MES

    Statistik Penerima Faedah dan Perbelanjaan Setakat 28 Februari 2015

    Ringkasan bagi statistik penerima faedah dan perbelanjaan setakat 28 Februari 2015 bagi setiap skim MES yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui agensi yang dilantik adalah seperti di Lampiran B.

     

     

     

     

     

     

     

  3. Sila kemukakan mana-mana program MES yang mempunyai syarat-syarat baru dalam tahun 2015.

    Sehingga Mac 2015, tiada syarat baru yang diwujudkan kepada mana-mana program MES.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.