Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

141) SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kempen-kempen di bawah Skim Kesihatasn Wanita Selangor sejak tahun 2015.

    Kerajaan Negeri mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan wanita di dalam pembangunan dan kesejahteraan Selangor. Justeru itu, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong penuh pelaksanaan program-program dan kempen-kempen yang melibatkan kesihatan dan kesejahteraan golongan wanita ini.

    Program Skim Kesihatan Wanita (SKW) yang telah dilancarkan semenjak tahun 2010 masih giat dilaksanakan sehingga kini dengan kerjasama penyertaan di peringkat daerah.

    Sebagai makluman, bagi tahun 2015 hingga bulan 30 September 2016 terdapat seramai 4,552 orang peserta yang telah menerima manfaat dari program SKW dengan perbelanjaan sebanyak RM575,643.80.

    Kempen Jelajah MammoSel turut diperkenalkan dengan kerjasama MAKNA bagi memenuhi keperluan pemeriksaan saringan mammogram oleh para peserta luar bandar. Berikut adalah senarai lokasi Jelajah MammoSel bersama Trailer MAKNA yang telah dilaksanakan :-

     

    Bil

     

    Tarikh

     

    Lokasi

    Jumlah Peserta
    Tahun 2016
    1. 28 Februari Taman Medan, Petaling jaya 57
    2. 28 Mei Sungai Panjang dan

    Sekinchan

    65
    3. 3 September Kuang 57
    4. 4 September Seri Kembangan 28
    5. 10 dan 11

    September

    Rawang 167
    6. 17 September Kajang 43
    7. 24 September Batu Tiga Shah Alam 29
    8. 25 September Kota Anggerik Shah Alam 31
    9. 28 September Batang kali 91
    10. 30 Oktober Hulu Selangor 120
    Jumlah 688

    Selain itu, Kerajaan Negeri amat prihatin dan sentiasa berusaha dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada golongan wanita Selangor melalui Skim Kesihatan Wanita (SKW) – Pemeriksaan Saringan Mammogram ini. Justeru itu, khidmat pembekal perkhidmatan telah turut diperluaskan daripada hanya satu (1) pembekal perkhidmatan kepada tujuh (7) pembekal perkhidmatan kini. Malah, pembekal-pembekal perkhidmatan ini turut memperluaskan perkhidmatan saringan mereka ke cawangan-cawangan di lokasi-lokasi yang lain bagi menambahbaik pelaksanaan SKW ini. Peluasan lokasi pembekal perkhidmatan ini secara tidak langsung membantu dari segi memberi kemudahan mobilisasi lebih dekat dengan penerima manfaat SKW. Berikut adalah pembekal-pembekal perkhidmatan MammoSel di bawah SKW yang terkini :

     

    Bil

     

    Hospital Swasta

    Bilangan Lokasi  

    Cawangan

    1. Majlis Kanser Negara (MAKNA) 1 Kuala Lumpur
    2. National Canser Society Malaysia

    (NCSM)

    1 Kuala Lumpur
    3. SALAM Specialist Hospital 1 Shah Alam
     

    4.

    Darul Ehsan Medical Centre

    (DEMC)

     

    1

     

    Shah Alam

     

     

     

    5.

     

     

     

    BP Health Care

     

     

     

    4

    Glenmarie Shah Alam
    Klang
    Cheras
    Taman Megah
     

     

     

    6.

     

     

     

    KPJ

     

     

     

    4

    Shah Alam
    Klang
    Rawang
    Damansara
     

     

     

     

    7.

     

     

     

     

    Columbia Asia

     

     

     

     

    5

    Petaling Jaya
    Puchong
    Bukit Rimau
    Cheras
    Setapak

     

  2. Nyatakan jumlah wanita yang menyertai program MammoSel mengikut daerah sejak tahun 2015.

    Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah penerima manfaat dari program Skim Kesihatan Wanita (SKW) pada tahun 2015 sehingga 30 September 2016 adalah seramai 4,434 orang. Berikut adalah jumlah bilangan penerima manfaat SKW mengikut pecahan

     

    Bil

     

    Daerah

    Jumlah Peserta SKW
    2015 2016
    1. Petaling 234 513
    2. Klang 605 343
    3. Gombak 292 385
    4. Hulu Langat 169 304
    5. Kuala Langat 187 205
    6. Sepang 32 204
    7. Kuala Selangor 193 102
    8. Sabak Bernam 226 256
    9. Hulu Selangor 69 115
    Jumlah 2,007 2,427

    ** sumber : Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB)

  3. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mewujudkan lebih banyak pusat pemeriksaan mammogram bagi wanita di Selangor?

    Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap rakyat terutama bagi golongan yang kurang kemampuan dan mempunyai masalah kesihatan. Kerajaan Negeri akan meneruskan dan menambahbaik Program Bantuan Kesihatan Sihat Selangor dari masa ke semasa terutama kepada pesakit dialisis. Sebanyak RM1,000 hingga RM5,000 akan disalurkan kepada pemohon mengikut kelayakan yang telah ditetapkan. Selain menambah bilangan penerima dan jumlah bantuan pada tahun hadapan, Kerajaan Negeri telah mewujudkan satu sistem permohonan secara atas talian bagi memudahkan permohonan dan semakan status kelulusan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.