Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

126) SKIM KESIHATAN WANITA Ð MAMMOGRAM

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah, mereka yang telah menerima perkhidmatan pemeriksaan MAMMOGRAM, sejak ia dilancarkan?

    Seramai 18,545 orang telah menerima pemeriksaan MAMMOGRAM sejak dilancarkan pada tahun 2012. (Seperti di Lampiran 1).

  2. Mengapa, selepas PRU-13 tiada lagi dijalankan program MAMMOGRAM?

    Program Mammogram ini telah ditangguhkan seketika pelaksanaannya selepas PRU-13 berikutan terdapat penambahbaikan yang akan dilaksanakan dalam memberikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada para peserta skim ini.

    Sebagai makluman, Fasa Pertama akan dimulakan pada bulan April ini dengan penyertaan daripada DUN Andalas dan DUN Paya Jaras.

  3. Adakah perkhidmatan pemeriksaan MAMMOGRAM ini telah dihentikan?

    Perkhidmatan pemeriksaan Mammogram ini tidak dihentikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.