Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

123) SKIM KESIHATAN WANITA Ð MAMMOGRAM SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sehingga kini, berapakah jumlah orang wanita yang telah menyertai dan menerima pemeriksaan Mammogram?

    Bagi tahun 2010, seramai 2688 orang wanita dari 34 kawasan Dewan Negeri Selangor telah menjalani pemeriksaan mammgoram secara percuma ini dengan peruntukan sebanyak RM 242,400.00

  2. Sila senaraikan jumlah wanita yang telah menyertai mengikut kawasan Dewan Negeri.

    1. Berikut adalah pecahan peserta program mammogram mengikut kawasan  Dewan Negeri:

     

    No DUN Jun- Oct Nov Dec Total
    1 N1 Sungai Ayer Tawar   26 74 100
    2 N3 Sungai Panjang     26 26
    3 N4 Sekinchan     25 25
    4 N6 Kuala Kubu Bahru 83     83
    5 N7 Batang Kali 183 40   223
    6 N8 Sungai Burong   25 34 59
    7 N11 Ijok   46 62 108
    8 N13 Kuang     28 28
    9 N14 Rawang 110     110
    10 N15 Taman Templer     14 14
    11 N16 Batu Caves   30 45 75
    12 N17 Gombak Setia   29 28 57
    13 N19 Bukit Antarabangsa     37 37

     

     

     

    14 N21 Cempaka   34 41 75
    15 N22 Teratai 29 44 23 96
    16 N23 Dusun Tua     38 38
    17 N28 Sri Kembangan 78 17 32 127
    18 N29 Sri Serdang   23 19 42
    19 N30 Kinrara     83 83
    20 N31 Subang Jaya     26 26
    21 N32 Seri Setia     37 37
    22 N35 Kampung Tunku 95   10 105
    23 N38 Paya Jaras     14 14
    24 N39 Kota Damansara   26 7 33
    25 N41 Batu Tiga     17 17
    26 N42 Meru   32 40 72
    27 N43 Sementa     22 22
    28 N45 Selat Klang   81 76 157
    29 N49 Seri Andalas     35 35
    30 N50 Sri Muda 78     78
    31 N51 Sijangkang   26 34 60
    32 N52 Teluk Datuk 82 319 77 478
    33 N53 Morib   43 39 82
    34 N54 Tanjong Sepat   27 39 66
      Total 738 868 1082 2688
  3. Sehingga kini, berapakah orang wanita yang menyertai skim ini didapati menghidapi kanser payu dara dan apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri

    1. Daripada 2,688 orang peserta yang menjalani pemeriksaan mammogram ini, terdapat 53 orang wanita disyaki menghidapi kanser payudara ini. Walau bagaimanapun, satu surat rujukan daripada  penyedia  perkhidmatan mammogram ini dikeluarkan kepada peserta tersebut untuk menjalani pemeriksaan yang menyeluruh di hospital-hospital yang memiliki kepakaran tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.