Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

2) SKIM KESIHATAN WANITA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan perkembangan terkini dan bagaimanakah sambutan para kaum wanita terhadap program kempen 1 Juta Wanita Selangor Sihat melalui pemeriksaan Mammogram?

    Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel) telah dilancarkan pada 11 April 2010 yang lepas di mana program ini bertujuan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita negeri Selangor. Kerajaan Negeri berpendapat program ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial yang boleh dinikmati oleh wanita Selangor dan sambutan yang diterima untuk program ini amat memberangsangkan.

  2. Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan untuk menjayakan program tersebut?

    Bagi tahun 2010, seramai 2688 orang wanita dari 34 kawasan Dewan Negeri Selangor telah menjalani pemeriksaan mammgoram secara percuma ini dengan peruntukan sebanyak RM 242,400.00

  3. Sekiranya wanita yang menyertai pemeriksaan Mammogram tersebut telah didapati mempunyai kesan awal seperti benjol kanser dan berkemungkinan diserang kanser payudara, sila nyatakan apakah nasihat serta bantuan yang akan diberikan oleh Kerajaan terhadap wanita itu?

    Seseorang yang telah didiagnosis dan mendapati bahawa diri beliau menghidap sebarang penyakit kanser, beliau boleh mendapatkan rawatan susulan di hospital- hospital sama ada kerajaan atau pun swasta. Terdapat beberapa rawatan yang perlu dijalani oleh pesakit barah payudara contohnya seperti pembedahan  pembuangan  tumor, kemoterapi atau radioterapi.

Lampiran

Tiada Lampiran.