Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

17) SKIM KESIHATAN WANITA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan terhadap perkhidmatan mamogram khususnya dalam skim kesihatan wanita yang diperkenalkan.

    Bagi tahun 2010, seramai 2688 orang wanita dari 34 kawasan Dewan Negeri Selangor telah menjalani pemeriksaan mammgoram secara percuma ini dengan peruntukan sebanyak RM 242,400.00

  2. Apakah tindakan susulan sekiranya seseorang telah disahkan mengidap kanser yang berkenaan seperti kanser payu dara.

    1. Seseorang yang telah didiagnosis dan mendapati bahawa diri beliau menghidap sebarang penyakit kanser, beliau boleh mendapatkan rawatan susulan di hospital- hospital sama ada kerajaan atau pun swasta. Terdapat beberapa rawatan yang perlu dijalani oleh pesakit barah payudara contohnya seperti pembedahan  pembuangan  tumor, kimoterapi atau radioterapi.

Lampiran

Tiada Lampiran.