Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

90) SKIM KESIHATAN PAP SMEAR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan untuk pemeriksaan pap smear dan bilakah tempoh pelaksanaan skim ini?

    Sebagai makluman, tiada peruntukan khas disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk pemeriksaan pap smear. Buat masa ini, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bagi pelaksanaan Skim Kesihatan Wanita : Mammogram Selangor (MammoSel) di bawah kendalian Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) kepada golongan wanita Selangor bagi menjalani pemeriksaan mammogram secara percuma.

    Namun demikian, Kerajaan Negeri menyambut baik akan syor untuk menyediakan peruntukan bagi pelaksanaan pemeriksaan pap smear ini sebagai salah satu penambahbaikan di dalam Program Kempen 1 Juta Wanita Selangor Sihat agar ia terus memberi manfaat demi kesejahteraan golongan wanita di Selangor.

  2. Apakah syarat-syarat permohonan skim ini dan jumlah sasaran yang hendak dicapai?

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Apakah bentuk skim kesihatan dan sokongan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada golongan suri rumah tangga sepenuh masa?

    Dalam menyejahterakan golongan wanita Selangor dari segi kesihatan, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1juta setiap tahun bagi pelaksanaan Skim Kesihatan Wanita yang menawarkan pemeriksaan kanser payu dara (Mammogram) secara percuma kepada golongan wanita Selangor tidak mengira sama ada penerima manfaat itu ibu tunggal mahupun golongan suri rumah tangga sepenuh masa.

    Kerajaan Negeri juga berhasrat meluaskan skim kesihatan dan sokongan kepada golongan wanita di Selangor dengan pelaksanaan beberapa skim pemeriksaan percuma seperti pap smear dan rahim setelah mengambilkira faktor-faktor dan penambahbaikan yang telah dikenalpasti disamping meneruskan pemeriksaan mammogram percuma yang disediakan sebelum ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.