Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
298) SKIM JAMINAN AIR MENTAH SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimana kemajuan pelaksanaan projek Skim Jaminan Air Mentah yang melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM300 juta? Senaraikan nama syarikat-syarikat yang mendapat pakej pembangunan 3 kolam SJAM dan apakah proses penganugerahan projek ini dibuat secara terbuka atau sebaliknya?
Secara keseluruhan, prestasi kemajuan projek pembinaan sumber air alternatif di LRA Sungai Selangor 1, 2, 3 dan LRA Sungai Semenyih setakat 20 Oktober 2023 telah mencapai 72.23% berbanding jadual sebanyak 83.51%. Lanjutan masa telah diluluskan mengikut pakej kerja adalah seperti berikut:-
Pakej Status kerja Lanjutan Masa yang diluluskan
Pakej A (Stesen Pengepaman di Horas Sg Selangor)
60.58% 13 Disember 2023
Kontraktor berhasrat untuk memohon lanjutan masa sehingga 30 Mei 2024
Pakej B (Rantau Panjang)
70.23%
01 Mac 2024
Pakej C (Pelencongan ungai)
82.17%
27 Februari 2024
Pakej D (Semenyih)
80.93%
07 Mac 2024
Pelantikan kontraktor dibuat melalui kaedah pelawaan ke atas sebelas (11) syarikat dan kontraktor yang berjaya dalam tender tersebut adalah seperti berikut:-
Pakej Kontraktor Kos Kontrak (RM)
Pakej A (Stesen Pengepaman di Horas Sg Selangor)
Menta Construction Sdn. Bhd 128,000,000.00
Pakej B (Rantau Panjang)
FCY Construction Sdn Bhd 21,714,548.50
Pakej C (Pelencongan Sungai)
Ambangan Engineering-Leika Sdn Bhd JV 79,990,015.00
Pakej D (Semenyih)
Rohas-Euco Industries Berhad 85,150,000.00