Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
288) SKIM INSURANS HAYAT SELANGOR (INSAN)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memperluaskan liputan Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) merangkumi insiden seperti bencana banjir dan kebakaran?
Kerajaan Negeri belum ada perancangan untuk memperluaskan liputan Program INSAN kepada insiden bencana banjir dan kebakaran. Sekiranya ada keperluan dan kos pelaksanaan yang ditawarkan adalah munasabah dan berpatutan, pihak Kerajaan Negeri sedia mempertimbangkan.