Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

15) SKIM INSURAN PEDULI SIHAT

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pampasan yang telah diberikan kepada ahli mengikut kategori perlindungan yang disediakan oleh Skim Insuran Peduli Sihat?

    Rakyat Negeri Selangor terutamanya daripada golongan berpendapatan rendah merasa terbeban akibat daripada peningkatan berterusan kos sara hidup. Peningkatan ini menyebabkan pendapatan isi rumah tidak dapat menampung peningkatan harga barangan atau perkhidmatan, termasuk perkhidmatan kesihatan seperti kos ubat-ubatan, caj khidmat rawatan dan khidmat perundingan. Meskipun dalam mendepani cabaran kesihatan global dan domestik, Kerajaan Negeri tetap mengutamakan aspek kesihatan rakyat bagi memastikan rakyat terus menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik.

    Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Skim Peduli Sihat (SPS) pada tahun 2017. Bagi memberi nilai tambah dan manfaat yang lebih menyeluruh, SPS telah ditambahbaik kepada Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) di mana ia akan memberi jaminan perlindungan kesihatan kepada 85,000 keluarga dan individu yang berpendapatan rendah rendah iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM2,000 sebulan. Manfaat yang akan diterima oleh Pemegang Polisi bagi Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) adalah manfaat kematian atau hilang keupayaan kekal sebanyak RM5,000.00, khairat kematian sebanyak RM1,000.00, manfaat penyakit kritikal sebanyak RM5,000.00 dan kematian semula jadi sebanyak RM5,000.00. Jadual di bawah menunjukkan data jumlah pampasan yang telah diberikan kepada ahli mengikut kategori perlindungan yang disediakan oleh Skim Insuran Peduli Sihat sehingga 31 Julai 2021.

     

  2. Berapakah jumlah permohonan yang telah diluluskan dan tidak diluluskan mengikut kategori perlindungan?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, jumlah permohonan yang telah diluluskan dan tidak diluluskan mengikut kategori perlindungan adalah seperti berikut:

     

  3. Apakah strategi kerajaan bagi mempromosikan skim perlindungan ini kepada ahli-ahli Peduli Sihat yang berdaftar?

    Bagi memastikan manfaat SIPS ini dapat dinikmati oleh semua warga yang berkelayakan, beberapa inisiatif dirangka yang telah dan bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Antaranya adalah melalui hebahan promosi oleh pasukan Sukarelawan Koumuniti Sihat Selangor (SUKA). SUKA merupakan pasukan sukarelawan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri pada awal bulan Ogos 2021 bertujuan merancakkan lagi kempen advokasi gaya hidup sihat di samping membantu dalam aspek pemantauan terhadap aspek kesihatan awam. Ini termasuk menjalankan hebahan dan promosi program kesihatan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri juga bakal membangunkan sistem SIPS di mana setiap pemegang polisi dapat mengakses rekod kesihatan diri dan rekod rawatan yang telah dijalankan.

Lampiran

Tiada Lampiran.