Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
347) SKIM INSURAN HAYAT SELANGOR (INSAN)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah perbelanjaan Kerajaan bagi pembayaran premium bagi Skim Insuran Hayat Selangor (INSAN) ? Nyatakan pecahan perbelanjaan bagi skim konvensional dan takaful serta jumlah penerima manfaat.
Perbelanjaan:
- Program INSAN Konvensional – RM12 juta
- Program INSAN Takaful – RM9.54 juta:
- RM7 juta Kerajaan Negeri; manakala
- 54 juta ditampung oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)
-
Nyatakan statistik dan perincian jumlah tuntutan setiap bulan daripada penerima manfaat bagi Skim Insuran Hayat Selangor (INSAN) sejak program ini dilaksanakan.
Setakat 30 September 2023, seramai 6 juta rakyat di negeri Selangor telah mendapat perlindungan insurans di bawah Program INSAN. 62 kes telah mendapat pampasan dengan jumlah keseluruhan pampasan yang telah dibayar sebanyak RM680,000 manakala 33 kes tuntutan sedang dalam proses semakan ke atas tuntutan.