Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
301) SKIM INSURAN HAYAT SELANGOR (INSAN)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah proses serta kriteria pemilihan syarikat Waypay Fintech sebagai penyedia perkhidmatan Skim Insuran Hayat Selangor (INSAN) berbanding anak-anak syarikat negeri yang lebih berpengalaman dalam bidang insuran seperti PNSB dan Selgate Corporation?
Penyedia perkhidmatan bagi Program INSAN berteraskan kaedah Konvensional adalah AmGeneral Insurans Berhad, manakala kaedah Takaful adalah Takaful Ikhlas General Sdn Bhd. Proses pemilihan adalah melalui proses perolehan daripada firma penasihat kewangan yang telah dilantik.
Pelantikan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) sebagai Agensi Pelaksana dan Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd sebagai Pengendali Perkhidmatan untuk Program INSAN telah dibentangkan dan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (“MMKN”) Ke 21/2022 pada 7 September 2022 yang telah disahkan oleh MMKN ke 22/2022 pada 14 September 2022.