Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
254) SKIM INSURAN ANAK SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah ada cadangan Kerajaan Negeri ingin meluaskan skim insuran anak Selangor kepada satu skim insuran yang lebih komprehensif dengan memasukkan skim insuran pendidikan?
Kerajaan Negeri buat masa ini tidak mempunyai perancangan untuk menyediakan skim insuran pendidikan kepada anak-anak Selangor. Namun begitu bantuan yang telah disediakan untuk pandidikan anak-anak Selangor telah disediakan melalui Porgram Inisiatif Peduli Rakyat bermula di peringkat Taska sehingga ke Institusi Pengajian Tinggi.