Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

145) SKIM HPIPT ANAK SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri dapat mempercepatkan proses pemberian HPIPT kepada penerima sebelum mereka masuk ke universiti?

    Pemberian Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) mensyaratkan bahawa pemohon hendaklah telah mendaftarkan diri di Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi memulakan sesi pengajian iaitu dengan mengemukakan pengesahan IPT yang berkenaan. Syarat ini penting sebagai langkah memastikan pelajar tersebut telah mendaftarkan diri dan memulakan pengajian di IPT bagi mengelakkan ketirisan.

Lampiran

Tiada Lampiran.