Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

111) SKIM HPIPT ANAK SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sebagai galakan dan kebajikan kepada pelajar. Bolehkah bayaran dibuka kepada setiap pendaftaran peringkat pengajian Diploma & Ijazah?

    Permohonan HPIPT adalah dibuka sepanjang tahun untuk pinjaman di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda. Insentif HPIPT diberikan secara ‘one-off’.

  2. Adakah halangan untuk menetapkan tempoh 2 minggu kelulusan dan bayaran selepas serahan borang dan dokumen lengkap?

    Setiap permohonan perlu diproses mengikut prosedur kerja yang telah ditetapkan dan proses kerja tersebut melibatkan prosedur kerja Bendahari Negeri.

    Purata permohonan yang diterima adalah 1,500 sebulan dan meningkat semasa sesi kemasukan baru pelajar ke IPTA / IPTS.

    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia mempunyai halangan untuk memproses permohonan sehingga bayaran dikemukakan dalam tempoh 2 minggu kerana mempunyai kekangan dari segi tenaga kerja dan sistem. Bahagian ini dalam proses membangunkan sistem baru yang diharapkan akan dapat meningkatkan sistem penyampaian HPIPT.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.