Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

103) SKIM HIJRAH SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa ramaikan peserta Skim Hijrah Selangor?

    Sehingga 23hb Mac 2022, bilangan peserta Hijrah Selangor adalah seramai 53,938 orang.

  2. Berapa peratus Kadar bayaran balik peserta Hijrah?

    Kumulatif peratus kadar bayaran balik peserta Hijrah Selangor sehingga 23hb Mac 2022 adalah 74%.

  3. Berapa peratus yang berjaya sehingga mendapat pendapat melebihi RM 50000 sebulan?

    Sistem Hijrah Selangor tiada merekodkan data pendapatan selepas menerima pembiayaan dan berpendapatan melebihi RM 50,000 sebulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.