Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
173) SKIM HIJRAH SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah penerima dan jumlah pinjaman skim ini sehingga kini?
Jumlah penerima pinjaman Skim Hijrah Selangor sehingga 30 Jun 2021 adalah seramai 51,306 orang dan bilangan pinjaman yang dikeluarkan adalah 72,700 dengan jumlah sebanyak RM573,360,500.00
-
Nyatakan peratusan kegagalan peminjam membayar balik dalam waktu pandemik.
Prestasi peratus bayaran balik pinjaman sehingga 30 Jun 2021 adalah 72% setelah mengambil kira pemberian moratorium pada Mac hingga Jun 2020 (3 bulan)
-
Nyatakan jumlah kelulusan peminjam baharu pada 2019 dan 2020.
Jumlah kelulusan peminjam baharu pada 2019 dan 2020 adalah seperti berikut:
Perkara 2019 2020 Bilangan Peserta Baharu 3,883 orang 2,170 orang Jumlah Pinjaman RM19,091,000 RM13,631,000