Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

106) SKIM HIJRAH BANTUAN MODAL PERNIAGAAN KECIL

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan peminjam dan nilai pinjaman yang telah melunaskan pinjaman?

    Seramai 9,182 dengan jumlah RM112,982,000.00 peserta yang telah selesai membuat bayaran balik Hijrah Selangor.

  2. Apakah tindakan bagi peminjam yang gagal melunaskan pinjaman mengikut jadual?

    Pihak Hijrah Selangor telah mengambil langkah berikut kepada peserta yang gagal melunaskan pinjaman mengikut jadual.

    1. Memberikan surat amaran kepada peserta
    2. Program Task Force Bersepadu
    3. Mewujudkan Unit Call Centre di peringkat cawangan dan ibu pejabat
    4. Memberikan peringatan berkaitan tunggakan melalui Blast Message

    Menyerahkan nama penunggak tegar yang telah tamat tempoh bayar balik kepada agen pengutip hutang yang dilantik

  3. Berapakah nilai tertunggak pinjaman tidak berbayar?

    Nilai tertunggak pinjaman tidak berbayar adalah sebanyak RM443,862.50.

Lampiran

Tiada Lampiran.