Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

78) SKIM HADIAH PENGAJIAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (HPIPT)

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah jangka masa untuk memohon Skim HPIPT setiap tahun adalah singkat dan tidak sepadan dengan tarikh kemasukan siswa-siswi ke IPT?

    Berdasarkan rekod permohonan sebelum ini, tempoh permohonan sebulan yang diberikan adalah mencukupi bagi pemohon untuk menghantar borang dan dokumen berkaitan. Syarat permohonan bagi Hadiah Pengajian IPT adalah pelajar tahun pertama dan tempoh tidak melebihi setahun daripada pelajar diberikan tawaran dan melapor diri di IPT yang berkenaan. Walau bagaimanapun, jangka masa permohonan akan datang akan mengkaji dan mempertimbangkan tarikh kemasukan pelajar baharu ke Universiti.

  2. Bolehkah borang pengesahan penuntut telah mendaftar diri di IPT dimansuhkan daripada borang permohonan Skim HPIPT kerana terlalu menyulitkan pemohon?

    Borang Pengesahan Penuntut telah berdaftar di IPT merupakan salah satu dokumen yang diperlukan sebagai pengesahan  pelajar telah melapor diri di IPT berkenaan dan memulakan pengajian. Borang ini dijadikan syarat kerana terdapat pelajar yang menerima tawaran tetapi tidak mendaftarkan diri ke Universiti disamping mengelakkan pemalsuan dokumen pendaftaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.