Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
93) SKIM GAJI MINIMA RM1,500.00 SEBULAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa ramai kakitangan Awam di Negeri Selangor yang pendapatannya di bawah RM1,500.00 sebulan dari tahun 2008 hingga 2015?
Sehingga tahun 2015 terdapat 103 orang (37 tetap dan 66 kontrak) penjawat awam Kerajaan Negeri Selangor, Agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri yang berpendapatan (gaji dan elaun tetap) kurang daripada RM1,500.00. Sebagai contoh, Penjawat awam baru bekerja di Gred 11, menerima gaji minima sebanyak RM837.00 bersama elaun-elaun tetap yang lain iaitu Elaun Tetap Perumahan (ITP) RM300.00, Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM95.00 dan Bantuan Sara Hidup RM300.00 (bagi kawasan A – Ampang Jaya/ Kajang/ Klang/ Petaling Jaya/ Selayang/ Sepang/ Shah Alam/ Subang Jaya) atau RM150.00 (bagi kawasan B – selain kawasan A) menjadikan jumlah pendapatan sebulan berjumlah RM1,532.00 (kawasan bandar) atau RM1,382.00 (kawasan luar bandar).
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk memastikan supaya perlaksanaan gaji RM1,500.00 dapat dilaksanakan?
Penetapan gaji pokok serta elaun-elaun tetap yang layak diterima oleh seseorang Penjawat Awam adalah tertakluk sepenuhnya kepada skim gaji dan pekeliling-pekeliling yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Berdasarkan penerimaan pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013, gaji minimum anggota perkhidmatan awam secara keseluruhannya telah dinaikkan dengan mengambil kira perkembangan keadaan ekonomi semasa. Selain itu, bagi tahun 2016, Penjawat Awam akan menikmati 2 (dua) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) iaitu satu (1) KGT akan diberikan mengikut Tarikh Pergerakan Gaji masing-masing dan satu (1) lagi KGT pada bulan Julai 2016.
Selain itu, di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) anggota Kumpulan Pelaksana (Gred 1-40) diberikan kelebihan untuk dinaikkan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP) selepas 13 tahun berkhidmat. Secara tidak langsung, inisiatif ini mampu meningkatkan jumlah emolumen bulanan dan motivasi kerja anggota yang berkenaan. Pelaksanaan perkara ini diperjelaskan melalui surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) bertarikh 14 Mei 2009.
Kerajaan Negeri Selangor pada amnya membayar imbuhan tahunan kepada Penjawat Awam melebihi Kerajaan Persekutuan. Sebagai contoh pada tahun 2014 dan 2015 Kerajaan Negeri memberi imbuhan tahunan sebanyak satu setengah bulan gaji berbanding Kerajaan Persekutuan hanya memberi RM1,000.00 sahaja. Pemberian imbuhan ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan pendapatan tahunan Penjawat Awam.
-
Berapakah anggaran kos tambahan Kerajaan untuk melaksanakan polisi gaji minima RM1,500.00 sebulan?
Anggaran kos tambahan kerajaan untuk melaksanakan polisi gaji minima RM1,500.00 sebulan ialah berjumlah RM62,070.60 setahun yang meliputi Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah dan Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri. Pecahan kos tambahan bagi Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah dan Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan