Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

78) SKIM CERIA

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa permohonan Skim Ceria diterima oleh kerajaan dari kawasan DUN Seri Kembangan pada tahun 2023-2024?

    Jumlah permohonan Skim CERIA yang diterima oleh Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) melalui sistem e-CERIA bagi kawasan DUN Seri Kembangan dari tahun 2023 hingga 2024 adalah seperti berikut:

    Bil. Nama

    Pangsapuri

    Skim Pangsapuri Permohonan

    Baik Pulih

    Tahun
    1. Perbadanan Pengurusan Vista Pinggiran Sederhana Rendah Lif 2023
    2. Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Anggerik Rendah Mengecat 2024
  2. Berapa permohonan telah diluluskan dan anggaran yang diluluskan adalah berapa?

    Senarai pangsapuri di kawasan DUN Seri Kembangan yang telah menerima manfaat Skim CERIA dari tahun 2023 hingga 2024 adalah seperti berikut:

    Bil. Nama

    Pangsapuri

    Jenis

    Baik Pulih

    Kos Projek

    (RM)

    Tahun Dilaksanakan
    1. Pangsapuri Putra, Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan Penggantian Tangki Air 94,580.00 2023

     

    Tiada projek Skim CERIA yang dilaksanakan di kawasan DUN Seri Kembangan pada tahun 2024.

  3. Jika ada permohonan yang ditolak, apakah sebab permohonan tersebut ditolak?

    Penilaian permohonan Skim CERIA dilakukan berdasarkan sistem merit yang dijana secara automatik melalui sistem e-CERIA. Kriteria utama yang ditetapkan dalam syarat permohonan adalah seperti berikut:

    1.     Pangsapuri yang dimohon mestilah berusia melebihi 10 tahun;
    2. Permohonan terbuka kepada badan pengurusan yang dilantik oleh COB PBT dan mempunyai rekod kutipan penyenggaraan yang baik; serta
    3. Keutamaan diberikan kepada permohonan melibatkan kerosakan harta bersama yang membahayakan nyawa dan keselamatan serta pangsapuri dengan peratusan kependudukan warganegara yang tinggi.

    Walau bagaimanapun, setiap permohonan yang layak akan dinilai secara lawatan tapak bagi meneliti tahap kritikal kerosakan. LPHS boleh menangguhkan sementara permohonan sekiranya pangsapuri yang dinilai tidak mengalami kerosakan kritikal, kerana keutamaan diberikan kepada pangsapuri yang mengalami kerosakan lebih serius.

Lampiran

Tiada Lampiran.