Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

157) SKIM CERIA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Teerdapat pangsapuri kos rendah yang mengalami masalah kebocoran paip air selepas meter pukal dan menyebabkan kenaikan bil air yang tidak dapat ditanggung oleh pihak penghuni mahupun pihak JMB/MC. Bolehkah Skim Ceria meluaskan skop supaya kemudahan utiliti dimasukkan ke dalamnya?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Program Skim CERIA yang telah dilaksanakan sejak Tahun 2011 oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor telah menyediakan jenis bantuan pembaikan atau penggantian sistem retikulasi air bagi Pangsapuri Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah. Oleh yang demikian, permohonan bantuan pembaikan atau penggantian sistem retikulasi air di bawah Skim CERIA adalah boleh dibuat melalui sistem atas talian di pautan https://eceria.lphs.gov.my.

Lampiran

Tiada Lampiran.