Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
63) SKIM CERIA
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa bilangan permohonan Skim Ceria pada tahun 2017 dan 2018 yang diluluskan?
Sejumlah 81 permohonan Skim CERIA pada tahun 2017 dan 2018 telah diluluskan dengan nilaian kos sejumlah RM32,897,478.52 seperti berikut:
BIL TAHUN JUMLAH PROJEK NILAIAN KOS (RM) 1 2017 46 20,080,451.04 2 2018 35 12,817,027.48 JUMLAH 81 32,897,478.52 -
Apakah statistik bagi pembayaran kos baikpulih oleh JMB/ MC/ Persatuan Penduduk bagi tahun 2017 dan 2018 mengikut DUN?
Kerajaan Negeri telah memansuhkan semua tunggakan dan syarat pembayaran balik perkongsian kos kerja baikpulih kerosakan pangsapuri di bawah Skim CERIA mulai November 2017. Oleh itu, tiada pembayaran balik terlibat untuk projek Skim CERIA yang diluluskan bagi tahun 2017 dan tahun 2018.