Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

301) SKIM BIAYA RUMAH

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah penerima Skim Biaya Rumah berjumlah RM 100 juta dalam Belanjawan Selangor 2023 mengikut umur dan kaum yang bertujuan untuk membantu rakyat Selangor menyelesaikan isu pembayaran deposit rumah pertama?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Cadangan Skim Biaya Rumah berjumlah RM100 juta adalah bertujuan untuk membantu pembeli perumahan bagi mengatasi masalah menyelesaikan isu pembayaran deposit rumah pertama sepertimana yang dicadangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar semasa pembentangan Belanjawan 2023 lalu. Sehingga kini program tersebut masih belum dapat dilaksanakan. Perkara tersebut masih tidak dapat dilaksanakan adalah disebabkan oleh kekangan bidang kuasa Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) dalam memberi pinjaman. Walau bagaimanapun, LPHS sedang mencari kaedah @ mekanisme lain yang bersesuaian untuk membantu pembeli yang kurang berkemampuan untuk menyediakan deposit rumah pertama.

Lampiran

Tiada Lampiran.