Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

177) SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR (TUNAS)

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah peruntukan Skim Tunas ini untuk Tahun 2014?

    Jumlah peruntukan yang telah diperuntukan untuk tahun 2014 adalah sebanyak RM 3 juta.

  2. Apakah Kerajaan Negeri Selangor akan menambah peruntukan bagi membolehkan golongan keluarga berpendapatan rendah menikmati Skim TUNAS ini?

    Kerajaan Negeri akan menilai semula jumlah peruntukan tersebut berdasarkan prestasi jumlah permohonan semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.