Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

79) SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan pelajar yang berdaftar di bawah Skim Bantuan Tadika Selangor setakat hari ini di seluruh Selangor dan juga di dalam DUN Permatang?

    Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) telah mula dilaksanakan pada Julai 2012 dibawah seliaan Rantaian Mesra Sdn Berhad. Kemudian program TUNAS diserahkan kepada YAWAS pada tahun 2020. Bermula 2020 sehingga kini terdapat seramai 10,487 penerima manfaat di seluruh Selangor telah menikmati manfaat ini dan 30 penerima adalah dari di Dun Permatang. Pecahan penerima manfaat mengikut Dun adalah seperti berikut :

  2. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan bantuan ini dapat menampung keseluruhan kanak-kanak di Selangor yang memerlukan bantuan?

    Selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri iaitu akan sentiasa memastikan bahawa program TUNAS ini akan dikekalkan dengan beberapa strategi iaitu dengan memastikan semakan secara berkala dari aspek syarat permohonan serta nilai manfaat dari masa ke semada mengikut kepada keperluan agar akhirnya bantuan ini sampai kepada golongan sasar.

Lampiran

Tiada Lampiran.