Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
193) SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah telah dikenalpasti penambahbaikan proses kelulusan permohonan?
Proses kelulusan permohonan Skim TUNAS dikendalikan sepenuhnya oleh Syarikat Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) dengan kerjasama Unit Pendidikan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK). Pada masa ini proses tersebut perlu melalui beberapa peringkat di mana setiap permohonan oleh pengusaha tadika kepada RMSB akan diproses untuk kelulusan. Senarai pengusaha tadika yang telah diluluskan oleh RMSB akan dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan seterusnya kepada Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS) untuk pertimbangan bayaran secara direct grant. Peringkat akhir adalah pengeluaran cek bayaran oleh Unit Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat SUK
Semua proses ini perlu melalui beberapa peringkat untuk memastikan agihan kelulusan dan bayaran Skim TUNAS dilaksanakan secara telus. Walau bagaimanapun, RMSB bersama-sama Unit Pendidikan BPSM sentiasa berusaha untuk memastikan kelancaran kelulusan permohonan dan agihan bayaran kepada setiap pengusaha tadika supaya bantuan ini memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
-
Berapakah petugas dan kakitangan pengurusan TUNAS?
Petugas yang terlibat di dalam memproses permohonan di RMSB adalah sebanyak 3 orang dan kakitangan yang terlibat di dalam proses pembayaran adalah seorang.
-
Sehingga Julai 2016, apakah masalah kelewatan serahan sumbangan kepada pemohon dan tadika?
Permohonan bagi mendapatkan Skim TUNAS untuk setiap tahun akan dibuka mulai 1 November dan akan ditutup pada awal tahun berikutnya. Walau bagaimanapun, bagi tahun 2016 Skim TUNAS telah menerima peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta menjadikan peruntukan keseluruhan Skim TUNAS 2016 adalah sebanyak RM5 juta. Atas faktor tersebut tarikh tutup permohonan Skim TUNAS 2016 dilanjutkan sehingga 29 Mac 2016 yang menyebabkan sedikit kelewatan proses penilaian bagi tujuan kelulusan oleh RMSB sebelum senarai pemohon yang berjaya dapat dikemukakan kepada UPEN dan PNS bagi kelulusan direct grant.