Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

403) SKIM BANTUAN KERAJAAN NEGERI BINGKAS

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penerima BINGKAS di DUN Dengkil dan berapa ramai yang ditolak permohonannya?

    Jumlah penerima BINGKAS di DUN Dengkil bagi tahun 2024 adalah sebanyak 669 keluarga, manakala permohonan telah ditolak adalah sebanyak 1,425.

  2. Apakah alasan kenapa permohonan mereka ditolak?

    Untuk makluman Yang Berhormat, faktor utama permohonan ditolak adalah kerana kuota telah penuh. Terdapat juga sebab-sebab penolakan kerana tidak menepati syarat permohonan seperti:-

    • Permohonan tidak dikemaskini lebih daripada tempoh 14 hari yang diberi;
    • Pemohon bukan pemilih berdaftar di bawah Dewan Undangan Negeri Selangor;
    • Pendapatan isi rumah pemohon melebihi RM3,000;
    • Pemohon tidak mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah atau anak istimewa; dan
    • Dokumen tidak lengkap.

Lampiran

Tiada Lampiran.