Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

231) SKIM BANTUAN BIAYA RSKU

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penerima Skim Bantuan Biaya Rumah Selangorku dan berapakah jumlah peruntukan yang dibelanjakan dari peruntukan RM100 juta seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2023?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Cadangan Skim Biaya Rumah berjumlah RM100 juta adalah bertujuan untuk membantu pembeli perumahan bagi mengatasi masalah menyelesaikan isu pembayaran deposit rumah pertama sepertimana yang dicadangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar semasa pembentangan Belanjawan 2023 lalu. Sehingga kini program tersebut masih belum dapat dilaksanakan. Perkara tersebut masih tidak dapat dilaksanakan adalah disebabkan oleh kekangan bidang kuasa Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor dalam memberi pinjaman. Walau bagaimanapun, LPHS sedang mencari kaedah @ mekanisme lain yang bersesuaian untuk membantu pembeli yang kurang berkemampuan untuk menyediakan deposit rumah pertama.

Lampiran

Tiada Lampiran.